Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan

Ayat Seruan



Ayat Seruan atau Kata Seru adalah ayat yang menunjukkan intonasi atau nada suara dengan menggunakan tanda seruan.
Intonasi atau nada suara seseorang boleh menandakan tanda gembira, sakit, suka, sedih dan sebagainya.

Contoh Ayat Seruan:
Amboi, cantiknya rumah awak!
Aduh, sakit gigi saya!
Nah, ambil buku awak!

Di sini anda boleh mencuba beberapa latihan interaktif.

Latihan 1
Latihan ayat seruan, an interactive worksheet by mtjuliani
liveworksheets.com

Latihan 2
Ayat seruan, an interactive worksheet by asroleffendi29
liveworksheets.com

Latihan 3
Kata seru, una ficha interactiva de zanitaskpi
liveworksheets.com

Latihan 4
Kata seru, una ficha interactiva de Noorhafizah
liveworksheets.com

Latihan 5

Ujian Tatabahasa Tahun 3



Uji penguasaan bahasa dengan ujian interaktif ini. Kertas soalan ini adalah untuk menilai prestasi tatabahasa murid tahun 3 hingga 6.
Soalan-soalan dalam kertas ujian ini dapat mengukuhkan kemahiran tatabahasa peringkat sekolah rendah.  Klik di sini untuk download pdf.
Untuk kertas soalan ujian dan peperiksaan, sila klik pada pautan di bawah.









Kata Nama Am dan Khas


Kata nama am ialah nama benda, haiwan, tempat dan manusia.
Kata nama khas ialah nama khas untuk benda, haiwan, tempat dan manusia.
Suaikan kata nama am dan kata nama khas yang diberi pada gambar.
Muat turun PDF kata nama am.




Pemahaman Tahun 4 - Berlatih Bersama-sama


Baca petikan kemudian jawab soalan yang diberikan. Teks ini diambil dari buku teks Tahun 4 SJKT. 

Pemahaman, an interactive worksheet by ALALITHA
liveworksheets.com

Bina Ayat Mudah


Bina ayat mudah berpandukan gambar dan perkataan yang diberi. Baca dan susun semula perkataan. Aktiviti ini sesuai untuk pemulihan khas.

Pemahaman Tahun 1 - Rumah Saya



Baca petikan Rumah Saya. Kemudian jawab soalan yang diberi dengan mengisikan tempat kosong dengan perkataan yang betul.


Bacaan dan Pemahaman, an interactive worksheet by Lina27
liveworksheets.com

Kata Majmuk


Kata Majmuk ialah dua kata dasar yang digabung untuk membawa makna tertentu.  Kata majmuk boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif, seperti contoh di bawah.

sampul + surat = sampul surat

peti + sejuk = peti sejuk

kapal + layar = kapal layar


Cuba padankan gambar pada kata majmuk yang diberikan.

Kata Majmuk Tahun 1, an interactive worksheet by cikgu_ruza
liveworksheets.com

Kata Hubung


Kata Hubung

Tuliskan kata hubung yang sesuai.


1. Jamil, Kamal Muthu ____ ( atau, dan) Kam Ceng sedang menonton filem.

 

2. Rumah itu sangat besar _____ ( tetapi, sambil ) sudah buruk.


3. Cikgu masuk kedalam kelas _____ ( lalu, sambil ) memanggil nama Ramli.


4. Kasut Siti kotor ______ ( tetapi, kerana ) terpijak lumpur.


5. Halim tidak tahu hendak memilih topi merah ______

(dan, atau ) topi biru.


6. Manaf mengayuh basikal _______ ( sambil, dan ) berangan-angan.


7. Budak itu gemuk _______ ( kerana, tetapi ) sangat rajin.


8. Kucing itu berlari _______ ( tetapi, sambil ) menolak bola kecil itu dengan kakinya.


9. Adik sedang berfikir hendak memetik bunga raya _______ ( atau, dan ) bunga kenanga.


10. Lili tidak hadir ke sekolah _______ (lalu, kerana ) neneknya meninggal dunia.



Bina ayat dengan kata hubung di bawah.


1.    dan
2.    tetapi
3.    sambil
4.    lalu
5.    kerana