Ad Code

DSKP PRASEKOLAH


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

-----------------------------------------------------------
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan



Pendidikan Prasekolah adalah dimana bermulanya pengalaman persekolahan awal bagi kanak-kanak berumur di antara empat hingga enam tahun. Pengalaman awal ini membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai kemahiran dari segi pencapaian bahasa, keyakinan diri, dan juga bersikap ceria dan positif.  Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah disediakan untuk mencapai tujuan dan matlamat pendidikan prasekolah.  

Prasekolah di Aliran Perdana

Objektif yang dirangka dalam kurikulum ini adalah supaya kanak-kanak mampu:
  1. Menggunakan bahasa berkomunikasi dengan berkesan.
  2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
  5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
  6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
  7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan keselamatan diri.
  8. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
  9. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Prasekolah Pendidikan Khas

Objektif yang dirangka dalam kurikulum ini adalah supaya kanak-kanak mampu:
  1. Menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dengan kebolehan murid berkeperluan khas agar dapat berdikari dan menjalani kehidupan yang berkualiti.
  2. Membangunkan perkembangan kognitif dan kemahiran bersosial serta mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
  3. Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa, dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri.
  4. Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin.
  5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  6. Membekalkan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan pengalaman persekolahan yang akan dilalui.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berpandukan enam aspek iaitu:
  1. Komunikasi
  2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
  3. Kemanusiaan
  4. Keterampilan diri
  5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
  6. Sains dan Teknologi
Pembelajaran dan pengalaman persekolahan berpandukan Kurikulum Prasekolah dapat melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, mampu bersosialisasi dengan yakin, mampu menghadapi cabaran, murid yang boleh menyelesaikan masalah dan mempunyai keinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.

-----------------------------------------------------------

DSKP Prasekolah
DSKP Sekolah Rendah Tahun 1
DSKP Sekolah Rendah Tahun 2
DSKP Sekolah Rendah Tahun 3
DSKP Sekolah Rendah Tahun 4
DSKP Sekolah Rendah Tahun 5
DSKP Sekolah Rendah Tahun 6
DSKP Sekolah Menengah

-----------------------------------------------------------

Di sini anda boleh menggunakan pautan yang disediakan untuk membuka buku-buku teks digital KSSR Tahun 2 untuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Buku-buku teks sekolah ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu KSSR.

Dengan adanya buku teks digital di dalam format pdf, membolehkan murid-murid membuat pembelajaran di rumah. Ibu bapa boleh menolong membuka buku-buku teks digital melalui peranti mudah alih dan membimbing anak mereka dalam pembelajaran di rumah.

Download buku teks digital untuk sekolah rendah mengikut tahun pembelajaran.


Catat Ulasan

0 Ulasan