Kertas mewarna Hari Merdeka. Raikan semangat Hari Kebangsaan dengan Kertas Mewarna Tema Merdeka yang direka khas untuk aktiviti kanak-kanak. Selamat Hari Merdeka!
Link List
- RUJUKAN GURU
- BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH
- BUKU TEKS SEKOLAH MENENGAH
- BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS
- SUKU KATA
- SIFIR
- KERTAS SOALAN TAHUN 1
- KERTAS SOALAN TAHUN 2
- KERTAS SOALAN TAHUN 3
- KERTAS SOALAN TAHUN 4
- KERTAS SOALAN TAHUN 5
- KERTAS SOALAN TAHUN 6
- ENGLISH COMPREHENSION
- ENGLISH GRAMMAR
- BAHASA MELAYU
- BAHASA ARAB
- BAHASA CINA
- BAHASA IBAN
- BAHASA TAMIL
- BUKU CERITA
- BUKU MOTIVASI
- PDF WORKSHEETS
- PEMULIHAN KHAS
- KALENDAR AKADEMI
Matematik Tahun 1 Masa dan Waktu
Latihan Mengenali Masa dan Waktu
Kuiz Google Masa dan Waktu (Muka Jam) ini direka khas untuk membantu murid Tahun 1 menguasai konsep masa melalui latihan membaca muka jam analog, selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Malaysia.
Kuiz Google ini merangkumi:
- 10 muka jam analog
- Murid pilih jawapan yang betul pada setiap muka jam
- Sesuai digunakan di rumah atau di sekolah, lengkap dengan jawapan
Sumber ini amat sesuai untuk memperkukuh kemahiran murid dalam membaca, menyatakan dan mengenali waktu jam analog. Ia juga membantu mereka membina kefahaman tentang rutin harian melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Mengenali Suku Kata
Suku kata ialah bahagian kecil dalam suatu perkataan yang terdiri daripada huruf konsonan dan vokal.
Contohnya:
ba - ju = baju
i - kan = ikan
sa - tu = satu
Isikan tempat kosong dengan suku kata yang betul.
Kata Hubung Latihan dan Kuiz Google
Kata Hubung
Apa Itu Kata Hubung?
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, atau ayat. Kata hubung membantu membentuk ayat yang lebih lengkap dan tersusun dengan baik.
Contoh Kata Hubung
Saya suka makan nasi dan mi goreng.
Dia ingin ke taman tetapi hujan turun.
Saya tidak keluar kerana saya sakit.
Dia belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan.
Pentingnya Kata Hubung
✅ Membantu membina ayat yang lebih jelas dan tersusun.
✅ Memudahkan pemahaman dalam penulisan dan pertuturan.
✅ Menghubungkan idea dengan lebih berkesan.
Dengan memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul, penulisan dan komunikasi akan menjadi lebih lancar dan menarik! 😊
Latihan
Tuliskan kata hubung yang sesuai.
1. Jamil, Kamal Muthu _______ ( atau, dan) Kam Ceng sedang menonton filem.
2. Rumah itu sangat besar _______ ( tetapi, sambil ) sudah buruk.
3. Cikgu masuk kedalam kelas _______ ( lalu, sambil ) memanggil nama Ramli.
4. Kasut Siti kotor _______ ( tetapi, kerana ) terpijak lumpur.
5. Halim tidak tahu hendak memilih topi merah _______ (dan, atau ) topi biru.
6. Manaf mengayuh basikal _________( sambil, dan ) berangan-angan.
7. Budak itu gemuk _________ ( kerana, tetapi ) sangat rajin.
8. Kucing itu berlari _________ ( tetapi, sambil ) menolak bola kecil itu dengan kakinya.
9. Adik sedang berfikir hendak memetik bunga raya ________ ( atau, dan ) bunga kenanga.
10. Lili tidak hadir ke sekolah ________ (lalu, kerana ) neneknya meninggal dunia.
Bina ayat dengan kata hubung di bawah.
1. dan
2. tetapi
3. sambil
4. lalu
5. kerana
6. atau


.png)

.png)

