Ad Code

RUJUKAN GURU


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

----------------------------------------------------------
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


          

   

                              



Prasekolah

Pendidikan Prasekolah adalah dimana bermulanya pengalaman persekolahan awal bagi kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 6 tahun. Pengalaman awal ini membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai kemahiran dari segi pencapaian bahasa, keyakinan diri, dan juga bersikap ceria dan positif.  Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah disediakan untuk mencapai tujuan dan matlamat pendidikan prasekolah.  Objektif yang dirangka dalam kurikulum ini adalah supaya kanak-kanak mampu:
  1. Menggunakan bahasa berkomunikasi dengan berkesan.
  2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
  5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
  6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
  7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan keselamatan diri.
  8. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
  9. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berpandukan enam aspek iaitu:
  1. Komunikasi
  2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
  3. Kemanusiaan
  4. Keterampilan diri
  5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
  6. Sains dan Teknologi
Pembelajaran dan pengalaman persekolahan berpandukan Kurikulum Prasekolah dapat melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, mampu bersosialisasi dengan yakin, mampu menghadapi cabaran, murid yang boleh menyelesaikan masalah dan mempunyai keinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.
----------------------------------------------------------
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Sekolah Rendah












Sekolah Menengah









----------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------

Manual Guru Penggunaan Portal Digital Classroom 👉 Flipbook
Manual Ibu bapa & Murid Penggunaan Portal Digital Classroom 👉 Flipbook

Modul Abakus dan Aritmetik Mental Edisi Ketiga KSSR PDF






Catat Ulasan

0 Ulasan